Tuesday, March 29, 2011

GHS1 : Jum makan untuk sihat!!!...=)

Trivia
GSH = Gaya Hidup Sihat =)
Terdetik satu inspirasi idea untuk JuAn naSir buat entri pasal kesihatan. =) 
Insya Allah dalam masa terdekat nih JuAn naSir akan ketengahkan isu kesihatan, 
tips-tips dan fakta sekadar untuk perkongsian kita bersama. 

Satu hari di kedai kopi mamak terdetik tetiba rasa bersalah kat diri sendiri. Pelik rasa ini,haha. Tapi inilah hakikatnya, JuAn naSiR terfikir bayangkanlah setiap hari bekerja JuAn naSiR akan memastikan perutnya di isi dengan sarapan pagi bagi membekalkan ATP (energy) tuk bekerja. Selama 34 tahun sehhhh!! (umur sekarang 24, nk pencen 58, so 58-24 = 34 tahun. Bukan itu isunya, sebab semua tahu betapa pentingnya sarapan pagi pada kita kan, itu pun masih ramai yang meninggalkan sarapan pagi terutama student (aku dulu pun sama). Tapi cuba bayangkan setiap hari JuAn naSiR akan menyumbat roti canai berminyak dengan kuah kari mamak yang tak sedap itu...minum pulak dengan air manis teh tarik, sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kan...

perhatikan persamaan ini : 
(dah macam cikgu math aku ni)

      22 workdays per month X 12 bulan 
X 34 tahun X Cholestrol = 8976 biji roti canai X Cholestrol
             = tinggi kolestrol!!!!

perghh.. bila kita lihat persamaan di atas, maka Menteri Kesihatan Malaysia sudah boleh membuat kira2 bajet untuk membeli bekalan ubatan seperti lovastatin (ubat untuk turunkan kolestrol) dan insulin (kencing manis)  untuk 40 tahun akan datang,haha....sape2 pun boleh fikirkan sangat2 tak mustahil sehhh untuk kita dapat penyakit sebab diet yang tidak sehat kan?? pheww....Ok sekarang cuba kita tukar diet kita bermula hari ni. Esok pagi kita makan dua keping roti disapu nipis dengan jem peanut butter(sumber protein) + minuman cereal atau jus buah (e.g orange). Hari seterusnya cuba plak makan roti sandwich + susu rendah lemak. Agak2 dah bosan, boleh je pilih bihun goreng dengan telur rebus + air teh O. Jarang2 boleh je makan nasi lemak + dengan jus limau....kita kan orang melayu...ahakss =)

ok sekarang perhatikan pula persamaan dibawah :

   22 workdays per month X 12 bulan 
X 34 tahun X (Vit+Good nutrient) = 8976 X (Vita+Good nutrient)
                  = GOOD!!!

maka risiko untuk dapat Hypercholesterolemia (tinggi kolestrol), Diabetes Mellitus (kencing manis) sangatlah dapat dikurangkan. Ni baru bab makan pagi kan, belum lagi yang lain2...=). Makan minum kita haruslah kan bersesuaian dengan pekerjaan kita, keperluan tenaga semasa bekerja kita kan berlainan berdasarkan bidang masing2 kan. Tak kan la buruh2 binaan nak makan roti sekeping je, memang xlarat la ti nak angkat bata banyak2 ti,haha... So kenalpasti tenaga dan keperluan anda, then...

Jum kita makan untuk sehat okehh!!! 

JuAn naSiR syorkan untuk ambil dietary supplement untuk maintain kesihatan kita.=) Apalah salah kan kita berbelanja sedikit untuk setiap bulan demi kesihatan masa depan... teringat kata2 kawan juan, orang kita tak bising untuk beli makanan yang xsehat, minuman bergas (sgt2 tinggi gulanya), apatah lagi rokok tapi sangat2 berkira untuk beli makanan kesihatan, e.g. multivitamin, supplement. 
Makan sihat, hidup sihat, insya Allah...=)


fakta : sekarang ni JuAn naSiR suka beli buah banyak2 letak dalam peti ais, bila lapar je ngap buah, bila rajin skit wat camni ha...


cehhh tunjuk buah yg mahai2 je kan,haha...
kebetulan ada org bg anggur+strawberi,ahakss

p/s : akan datang
        GHS 2 : JuAn naSiR tak sama macam Ben Ashaari... =))

10 comments:

  1. naj p umah juan la. nak makan sehat2. :)

    ReplyDelete
  2. najwa : jum2!! tapi skali masuk RM20 nakk?? haha

    ReplyDelete
  3. juan...header nice...kami suka....pantai....best3...kami singgah n follow sini...header like3...=)

    ReplyDelete
  4. wahhh~kompem badan cam juan pasnih :P

    ReplyDelete
  5. terbaik ini makanan..hihihi..
    P/s : mai sini amik no 50 :DD

    ReplyDelete
  6. cik GKSB : Ben10 pun xpa la...jgan cam sang wira sudah,haha

    ReplyDelete
  7. wahh..dapnyerr..:)
    http://augycadar.blogspot.com/

    ReplyDelete