Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...
Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kau berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati menjadi bersama.
Kalau tengok filem epik ni, ungkapan kat atas ni akan biasa didengar dari awal sampai akhir cerita, maksud dia terserah kepada anda untuk memikirkannya sampai pecah kepala,haha... Overall filem ni best!!! Kredit tuk KRU studio, cubaan berani produce filem yang menelan kos RM 8Juta. KRU studio berjaya menghasilkan sesuatu yang baru dalam dunia perfileman melayu. Kalau sebelum ni, mungkin filem berkualiti seperti ni mungkin kita akan fikir orang Malaysia tak akan mampu buat, tapi sekarang KRU telah memecah tradisi. syabassz !! =)
Hikayat Merong Mahawangsa | |||
Pengarah : | Yusry Abd Halim | ||
Penerbit : | KRU Studios Sdn. Bhd. | ||
Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
Kategori : | Filem Cereka | ||
Genre : | Sejarah, Aksi, Peperangan | ||
Klasifikasi : | U - Untuk tontonan umum | ||
Tayangan : | 10 Mac 2011 | ||
Durasi : | 110 min |
kalau rajin baca la yer...=)
Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan Faiz Aizuddin Azmi.
Fakta menarik mengenai filem ini ...
1. Kos pembikinan HMM adalah RM 8 juta, antara termahal di
Malaysia selepas PGL (RM20 Juta) dan Hanyut (RM11 Juta).
2. Mostly lokasi pengambaran filem ini adalah di Terengganu selain
menggunakan teknologi CGI-Computer Generated image.
3. Pelakon ekstra yang berbangsa India dalam scene filem ini
dibawa dari Kuantan, Pahang kerana hanya terdapat sedikit
masyarakat India di Terengganu.
4. Bilangan pelakon+ekstra yang terdapat dalam satu scene dalam
filem ini adalah 400 orang dan jumlah keseluruhan adalah 2000
orang.
5. Filem ini menggunakan 70% bahasa Inggeris dan 30% bahasa
Melayu lama.
6. HMM ditayangkan di 72 buah negara termasuk di AS, Jerman,
Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia.
7. Tayangan bermula pada 10 Mac 2011 dan kutipan pada hari
pertamanya adalah RM500 000 di Malaysia.
pesanan dari JuAn naSiR : pergilah tengok, great!! Seat dalam hall tu penuh kowt....=)
selepas keluar dari GSC tu, dapat lak tgok drama free, untung sehh..
kat luar Sunway Carnival Mall, ada sorang lelaki datang menyerang sorang pompuan (gf dia kot) sebab keluar/curang dengan lelaki lain...perghhh xmalu sehhh!!!
sekian...=)
No comments:
Post a Comment