Sunday, March 13, 2011

Bila semua dah jadi tawar....

Satu fakta yang mungkin semua tak tahu… JuAn naSiR ni agak sensitif actually…tak keterlaluan kalau nak disamakan dengan perangai sahabat sorang ni, andy howt mudah menangis?? Click untuk baca cerita dia, tapi takde lah aku sampai nak menangis bagai, tapi cukup mudah hati aku jadi tawar….

Manje? Lantak la nak cakap ape….Cuma satu aje, bagi aku…orang yang kuat menangis itu dalaman dia cukup kuat…tak seperti yang berlagak keras, tapi sebenarnya dalamannya cukup fragile…Semua orang tahu sahabat nabi semuanya selalu menangis lantaran takwa, tapi mereka jualah sebenarnya pahlawan di medan perang, dah satria bagi iman di dada….

Rasa nak berjiwang dengan kata2 ajer….JuAn naSiR ada bakat ker?

Bermula dengan kecewa dek kerana janji manusia “janji melayu katanya”…
Betul jugak kata bidalan, jangan dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan… 
aku terlalu obses untuk mula mencari aktiviti luar kononnya untuk isi masa bosan hujung minggu…cuti sudah di apply, dah lulus pun, barang semua dah siap, habis beratus ringgit kowt… (nasib baik semua ni x basi,haha)…last2 apa yang dirancang semua tak menjadi…fuhh… sabar ajelah…
Jangan dipujuk dengan kata2 tu sume takdir juan!! Tapi barang di ingat jangan lupa perangai manusia yang xpernah nak ubah, ambil mudah, suka buat kerja sambil lewa….kenapa sikit pun tak mahu usaha…. Perkara biasa bila orang melayu berniaga, buat sambil lewa…haihhh
Kalau kat kedai makan,( kotor, pesanan lambat sampai, buat air teh o’ pun setengah jam ker? Bila time nak kira laju je plak dia datang?? Haihhh) dah lama aku carut banned kedai tu, tapi ni perkhidmatan…logik skit, aku bukan budak bodoh boleh buat suka2. Perancangan di buat sebulan sebelum…cerita bukan main baik lagi, cakap ada orang kaya nak upah panjat gunung la…. Boleh plak buat cerita anak dia sakit kene operate so kena tunda tarikh?? Haih…logik ker??? Nak panjat gunung 5hb…4hb pukul 12 pm anak sakit terus kena operate? Tapi lagi 13 hari  terus boleh panjat, so tunda lagi 13 hari la…Sorry brader kalau nak tipu aku, bukan nak berlagak, tapi kalau sape2 pun boleh pikir kowt…

Dia sayang kamu !!!
Satu malam aku lepaking dengan sorang kawan. Ingat boleh lepak lama2 nak hilangkan bosan sebab dah lama sangat aku sengsorang, bayangkan lah duduk umah sorang, pi keje sorang, pi lunch tengah hari pun sensorang, kdg2 je berteman, balik keje sorang lagi…boleh gila jugak last2. Mungkin aku dah sampai masa nak dengar cakap mama aku…cari la orang rumah, abis citer…. Haihhhh xleh2...
sorry mom, im not ready yet,hehe... =p

Berbalik cerita kawan aku, baru aje lepak2 boleh berlaku kejadian yang sungguh touching hati aku… Sang kekasih hati kawan aku tu datang bawa dia pergi begitu je… agak tergamam aku seketika. Ni semua angkara tak percaya kat aku dan kawan aku, kononnya takut aku ni buaya!!! Hello brader, aku bukan buaya yang ngap2 orang sesuka hati jer… tapi tak ape, aku xkesah dia buat macam tu… satu je pesanan aku kat kawan aku tu… jangan risau pasal aku….
Sesungguhnya, dia memang sayang kamu!!! Sangat2!! Mmuahhh! =p    ahahaha

Rindu buat hati kita kering…
Penah tak korang rasa hati korang rasa kering? Rasa sebak senak dada sebab rasa rindu sangat2 kat someone… tak kisah la sape2 nak cakap apa…aku memang rindu!! Kat siapa xpenting disini, tapi just nak kongsi betapa rindu buat kita tak keruan kan? Rasa rindu kat someone atau something buat aku jadi macam xtentu hala, susah hati je terasa,haihhh…
Tapi selalu rasa tenang bila masih diberi iman….rasa tenang bila duduk sujud padaNya diatas tikar sejadah… Thank you Allah!!!  =)
Moga yang dirindu itu sentiasa dibawah perlindunganNya…selamat sihat bahagia gembira sentiasa…=)

Mood :
1. Bila hati dah tawar, nak bukak blog pun da xde slera, sbb tu lame x update,huhuu. nak wat ape pun dah malas sbb dah tawar hati..hmm...
2. ekspresi dirimu, luahkan jangan disimpan… biar ia meniti di butir mata jadi penyejuk hati, jangan disimpan dalam hati jadi nanah…=)
p/s : akan tengok Hikayat Merong Mahawangsa+karok!! =)
Jangan lupa : senyum sokmo! =))

No comments:

Post a Comment