Saturday, January 22, 2011

JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN !!!!



Perlu ke lelaki jual mahal.????


Jual mahal selalunya dikaitkan dengan perempuan. Kononnya selalu ada yang approach atau mengorat, kononnya jugak perempuan nak kene jual mahal sikit. Takut nanti senang-senang saje di permainkan. Haihhh, perlu ke sekarang ni lelaki pulak yang nak kene jual mahal sikit?? Ape ingat perempuan je yang baik hati dipermainkan lelaki? Ada ape lelaki yang kena, mane aku tau??!! Aku tau la! aku tau ada, sumpah.

Lelaki tu bukan mainlah setia, serius dalam hubungan, jaga hati bagai nak rak, bagi yang terbaik kat perempuan. Fakta : RAMAI, Di ulangi ramai dah lelaki yang terpaksa mencerut perut, rasa kering dada sehhh, rasa nafas tersekat2, sebak didada, kecut kering hatinya, tidur malam tiada lagi rasa lena dan tenang, hidup serba xkene, resah gelisah melanda jiwa, rasa hidup ni dah xdak makna bila dipermainkan.Nasib baik iman kukuh didada.


 Jangan main api! Jangan dijolok sarang tebuan! Jangan di rodok sarang lebah! Sebab lelaki bila sudah sampai satu tahap, mereka dengan mudah memberi sepenuh hati dan jiwanya pada perempuan. Bila sudah sampai masanya, mereka juga ingin serius, dan waktu itu, segala2nya sanggup di korbankan.

Apa erti kalau sampai satu masa tiada lagi rasa kasih sayang, sumpah jauh berbeza waktu mula kenal dulu. Ayat bukan main manis, segala2 sanggup diberi demi hubungan cinta. Sweet talker sangat2! Sanggup bersumpah bagai, tiada lagi orang lain sebab hati nih dah jadi milik abang. perghhhh rasanya semut pun duk berkurumun kat hp sebab ada ayat sms kat dalam tuh. cehh! tapi segala2nya akan jelas terpancar jugak, Tuhan tu Maha Adil. Yang ditipu tak selama2nya ditipu.

Segala2 akan jelas muncul terang benderang, waktu ni la lelaki tuh perlu jual mahal! Tabah sabar bertenang pun ada hadnya. Cubalah uji sikit pasangan tu, tengok sikit dia betul2 serius ke dengan kita! Waktu susah dulu bukan main seolah2 segala2 bergantung kat kita. Segala2, hati jiwa perasaan hidup ni semua disandar pada bahu lelaki. Ahhhh bila dah senang jauh sikit, buat x nampak je kumbang sekoq nih! Mane nak tahan dengan keadaan macam ni. Bila bercakap dah x macam dulu. Xdak ruang dah diberi macam dulu. Hati kawan dia yang putus cinta kononnya boleh plak dia layan macam anak raja. Dipujuknya sampai ajak bercuti, tenangkan hati katanya. Ye la, sapa lagi nak tolong kan dah nama pun BFF! Abissss!!! yang hati duk tatang tiap detik nih??? Ada ke nak jaga?  Ada ke nak tolong?? Sampai satu masa jelas2 dah berubah! Ruang bercakap langsung xdiberi! Kalau dulu tak contact sejam dah macam lipan kene air panas, call terus. Sekarang? kalau tak di contact, tak di sms xdaknya dia nak memulakan. Itu pun jawab sepatah je, dah xdak modal da.

Ingat, jangan main2. Sampai satu masa hati yang dipermainkan boleh jadi hantu. Hati baik dulu dah jadi hantu seram kangkang! Sudahlah, dah kalau xmahu jangan digantung bergayut macam monyet bogel atas pokok! Monyet2 pun ada hati dan perasaan. Jangan ingat kami xdak harga diri, dayus! Ingat kami xdak orang yang pandang ker? Pergi mati la dengan ayat janji manis dulu. Padan muka lelaki ko kene tipu! Bodoh sangat kan!

Huh, bukan nak mengata bukan nak buat xcerita, dan yang paling penting xdak kene mengena dengan sape2. Senang aje penyelesaiaan dia, cinta manusia kerana ALLAH!

p/s : just bersastera mengenai nasib lelaki. TK.

Sunday, January 16, 2011

10 Perkara Lelaki Selalu Lupa!!!



Salam. 


Selamat hari2...


Segmen ni bukan segmen lelaki metroseksual ke ape, just sajer suka2 sharing, sharing is caring kan??? hehhhe...
Segmen ni jugak takdak kaitan ngan yang hidup atau yang telah tiada, dan kalau ada tu dialah yang sebenarnya telah buat mata aku ni sakit, atau hidung aku ni kejap kembang kejap kempis, juga menyebabkan aku rasa nak kongsi nehhh... moga2 cepat skit korang sedar,hahaaa...


xdak la...just untuk kebaikan bersama. =)


Aku bukan perfectionist pun apatah lagi sempurna, sekadar mahu berkongi pendapat ajerr... kalau tak stuju abaikan aje yer...Sikit la tips tuk lelaki, yang sering lupa benda2 yang selama ni di anggap kecik tapi sebenarnya kalau berubah sangat besar impactnya....fuhhhh...penat sudahhhh!!!


ok la....10 Perkara Lelaki Selalu Lupa!!!


1. Pemakaian tali pinggang.
    Hahhhh! tali pinggang pun jadi isu ker? YESS!!
    Pemakaian tali pinggang yang xsesuai sangat2 mengjengkelkan  
    sebenarnya. Pemilihan tali pinggang mengikut saiz, bentuk/ deisgn  
    dan warna serta padanan dengan seluar amat penting.

Gambar hiasan.

Tolong sesekali elakkan memakai "tali pinggang pengakap" dengan seluar slack untuk ke opis atau kelas (student). Apatah lagi bila lelaki tu kurus keding then pakai plak mencerut pinggang  sampai nak tarik nafas pun susah, haihhh. Senget plak tu,haha. Sakit mata pempuan tengok okkk!!! Nampak sangat2 menjengkelkan dan tidak matang. Unless anda memang seorang pengakap & badan beruniform. =p
Nota : Hanya sesuai untuk kanak2 bawah 12 tahun.Dan jangan sampai tak pakai langsung tali pinggang, nampak lagi pelik,hehhe...




2. Stokin dan kasut.
    Ramai lelaki amik mudah hal neh... sebab tu selalu je nampak lelaki pakai kasut sukan dengan 
    seluar slack+ khakis. Actually tidak pasti sama ada boleh diterima atau wujudkah fesyen berkasut   
    sukan dengan seluar khakis, tapi yang pasti sangat2 tidak wujud  fesyen berkasut sukan dengan seluat
    slack. Apatah lagi untuk ke ofis atau urusan rasmi. Aduhhh, sangat2 sakit mata....


3. Butang baju.
    Hanya pandangan peribadi ok. 
    Sangat2 kelihatan skema/nerd bila someone memakai butang baju  t-shrit berkolar dengan di butangkan
    sampai ke atas.
    Sangat nampak macho apabila tidak dibutangkan sehingga nampak dada. 
    Dan sangat nampak selekeh/menggelikan apabila dibutangkan hingga nampak bulu dada.


4. Bau badan.
    Bab nih malas nak cakap banyak, pendek kata Ba Wau Sin Wau  Qaf.....eja sendiri ok. Lelaki
    memang  selalu amek remeh hal nih, kalau masuk kereta memang satu kereta baunya. haihhh. Kalau 
    masuk ofis,  bukak je pintu ofis dah tau dia datang. =p
    Nota : Tapi jangan pulak dipakainya perfume yang amat tengik  baunya, cukup sekadar 2 3 kali
    semburan di nadi kiri dan kanan. =)



5. Peluh.
    Yang nih memang ada kaitan sangat2 dengan no 4 
     kat atas. Cuaca kat Malaysia nih memang 
     la cukup hangat. Apatah lagi bagi mereka yang  
    bekerja di luar. Cuba pakai baju dalam yang boleh 
     menyerap peluh dan kering. Jangan  sampai 
     kusyen kereta/kerusi ofis yang menyerap peluh anda. 
    Beware, kebanyakan lekaki tidak sedar baju mereka sudah basah  
     lenjun dek kerana peluh, terutama bahagian ketiak. haihhh sangat 
     menggelikan... Cuba produk deodoran kering/anti peluh ok...=)




6. Kemas bilik/rumah.


Bilik bersawang sehhhh, baju busuk melata atas lantai, kalau kain pelikat tu masih bulat atas lantai ok. Lagi teruk tapi perkara biasa kot, sotong kering bulat jugak atas lantai, haihhhhh. Perkataan2 neh memang sinonim la dengan umah/bilik lelaki. Terutama yang bujang. Biasa sangat kita dapat tengok semut melenggang-lenggang kangkung wat highway PLUS baru dalam bilik...haihhh....


Tupperware bekas wat meggi  2 minggu lepas duk ada lagi atas lantai, buku/ kertas dan surat kabar bertebaran, jug air, kettle/ water heater, baldi, helmet  bersekedudukan dengan tilam dan bantal tu haaaa. Nanti malam tido je tepi2 highway semut tu. Mula la naik merah badan, belum kira lagi habuk dan hama...eaaaaa!!!!


7. Bibir.
    Ni bab rupa paras la. Bibir kering pun ramai x perasan apatah lagi nak amik berat kan. Aku pun same gak kadang2, bab ni memang aku mengaku. Dicadangnya suruh pakai lips balm, haihh xdaknya lelaki suka pakai, sama je rasa macam letak getah pokok kat bibir ni haa...ahahahaha. Bukan nak suh bibir jadi macam bibir Justin Bieber pun, nak suh jaga kesihatan bibir ajer ok...=p


 8. Rambut.





Yang ni jarang2 aje....tapi masih berlaku. Ada yang bajet macam model plak bab rambut neh...disimpan  panjang, panjang mengurai tu x kesah la, tapi ada yang sampai teruk rupanya aihhh, dah la panjang tak terurus plak, kutu nk bersarang pun xberselera kowt sebab dah 2 3 tahun tak syampu,hahaha....

Datang ngan muka sememeh, rambut panjang tak terurus, peluh2 cukup dengan bau badan,haihhhh lalu kat ngan hidung ni, trus rasa nak sepak je...hahaha












9. Duit
    Tak pandai bajet. Belanja xpadan dengan income. Time tgah masyuk xhengat dunia, beli rokok sekotak
    sehari kowtt... blanje kwan2 bukan maen baek... tgah miskin, rokok mintak kat kawan, second pun
    jadi,haha. Pastu mula duk pinjam2, dulu xnak simpan. Bukan belajar belanjawan nak pandai
    bajet2..hehhhe. Last2 apa lagi, amik tepon mintak kat ptptn ptptpama la, masa kaya bukan igt nak
    tepon tya kaba pun..huhu...



10. Respect/Menjaga hati.
      Xkesah la sape2 pun, kalau dengan awek bukan maen mengayat mengalahkan sasterawan negara...
      tapi kalau bercakap dengan orang tua langsung xpandai bergaul. Apatah lagi nak jaga hati. Bagi alasan
      mudah, susah nak masuk la...korang kene ingat, banyak perkara kita boleh belajar bila bercakap dengan
      orang  tua ok. Nasihat2/tips nak jadi lelaki macho pun de okkk... hehee...




     Memang sudah untuk masuk/ngam nagan orang yang lebih tua daripada kita, tapi xsusah untuk
     bergaul mesra dengan mereka. Cukup sekadar bertegur sapa, beri aje senyuman manis dan tunduk
     hormat.


     Settle. =)




P/S : Semua diatas adalah sekadar perkongsian pendapat peribadi sahaja, berdasarkan pengalaman hidup yang masih muda ini. =p Tiada kaitan dengan sesiapa. 

Mood : Thinking someone.... hmmm.




Friday, January 14, 2011

PERJANJIAN SYAITAN!!!!!!!!! KHURAFAT!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan,  maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh              (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar."                                
                                                                                                                                                                                       Surah An-Nur ayat 21


Kredit boleh diberi kepada Syamsul Yusuf atas filem arahan filem Khurafat terbarunya.  Boleh la filem ni dikategorikan sbg filem dakwah (secara tidak langsung) selain Filem Genre Seram menyeramkan, hehe. 

No wonder la Produser filem ni, Datuk Yusuf Haslam menjadi tetamu Al Kuliyyah TV3, 7 Januari haritu yang bertajuk Khurafat,hehe....

Elok ja kawan sengal aku nariman ting2 kuar lampu atas kepala dia pas mam roti nan kapitan yang sodappp sehhh!!! ajak pi tgok midnight movie....perghhh dah la malam jumaat, hujan lebat, perut kenyang, ajak lak pi tgok cite hantu Khurafat. Layan aje la...dah name pun tumpang kete dia, so kene ikut la...hehhhhehhh....

jum layan trailer dia....!!!

kenape Kredit hp aku nak beri kat filem nih???
1. Plot ceritanya ok ok saje, boleh la....tapi yang best scene/babak hantu keluar yang best!! menyeramnyejukkan, terkejut sehhhh!!!  Fakta : ada ramai audiens yang jerit malam tu, termasuklah lelaki yg nampak je macho! hahaaa....

2. Banyak elemen dakwah dalam filem nih terutama bab ayat al-Quran & nasihat2 under bab syirik dan khurafat nehh...

3.  Scene hantu2 nih pluss accident jatuh gaung, memang nampak real giler. Ade terbaca sorg penonton yang puji babak2 yang xtipu@superimpose so nampal real gilerrr...

......tiga sudahlah, nk banyak2 pi tgok sendiri k ... =p


kritikan memusnahbina...=p


1. lakonan Syamsul Yusof agak kaku, lontaran suara skrip yang mendatar dari awal sampai akhir citer.


2. plot/ jalan citer yang kadang2 x sesuai, contoh paling ketara scene dimana syamsul angkat mayat anna msuk ke dalam hutan dan bukan ke lebuhraya untuk meminta bantuan.


3. sound effect yang bagus tapi suara scene kebanyakannya agak slow, x pasti sama ada problem tu filem punye sbb atau sbb speaker GSC yang problem.


Apepun tahniah buat filem ini yang hangat dah, tgah tggu brapa pulangan filem ni...


sekian...


p/s : kritikan dan pujian di atas adalah sekadar pandangan peribadi, tiada bermaksud ape2. TK. =)

Tuesday, January 11, 2011

LIVE LOVE, LOVE LIFE !!!

Assalamualaikum.

Salam Kasih Sayang!

Pagi ni macam biasa pegi kerja dengan semangat ciput aje sbb gaji lambat agi...hahaha... dah punch in wat keje cam biasa....hari nih xdak pape yang luar biasa, semua biasa2 aje. Seperti biasa juga, (kan aku dah cakap tadi cam biase je) jam hitam kat dinding putih opis nih tunjuk kul 9 lebey, perut nih dah mula main lagu
Sungai Lui by Aizat Amdan....sedap betul lagu nih, mendayu2 dengar....

Terus je perut nih hantar SMS  message ke otak, pi makan!!! pi bekfes....best kan klu bangun2 pagi dah siap kopi secawan takpun orange juice sejuk terhidang elok atas meja makan disamping roti bakar hangus sapu jem+pisang+telur separuh masak...perghhh !!! superb!!!....nanti ramai la cakap, kawen je! abes cerita....haha...siap2 la ye bakal bini aku tiap2 pagi,hahaha....



Kaki sakit urat ni hasil main gym ni pun melangkah laju je ke kedai mamak hujung blok dengan terbayang2 roti canai/tosai dalam kepala...fuhhh pagi2 memang xelok duk amal slalu camnih, tua2 ti banyak penyakit, nauzubillah...

Melihatkan mamak/ waiter yang sibuk melayan customer, sempat lagi dia usik seorang budak kecik umur dalam 3 tahun, aku terpikir biarlah kalau salah pun, dia mesti ada anak lantaran umurnya yang layak dipanggil pakcik, dan mesti dia merindui sangat2 anak bini dan keluarganya di kampung. Kesian aku tengok, dapat aku bayangkan betapa kasih sayang dia tercurah kat budak tu, parents budak tu punyer sporting, mamak tu siap amik dukung budak tu....

Betapa sungguh2 kita bertuah duduk senang lenang bekerja menikmati kemudahan yang ada di Malaysia. Salah ke kalau aku berpatriotik sikit. Sayangkan negara adalah di suruh dalam Islam!

Dah abis roti canai + teh panas, aku baru terperasan ada seorang pakcik baya2 papa aku dari tadi asyik melihat aku. Bila aku toleh ke belakang, xde orang. Memang sah dia tenung aku. Serius, ini kejadian pertama dalam hidup aku seorang pakcik tenung aku lama2.

Aku check kowt2 la aku pakai baju terbalik ke, kuah roti canai titik atas baju aku ke, mulut aku comot ker, tapi semua normal. Lagi la buat aku pelik kat pakcik tu...

On the way ke kaunter untuk bayar, memang kene lalu tepi meja pakcik tu. Tak tau knape tetiba mulut ni terasa ringan untuk menegur pakcik tu yang sedari tadi bekpes sorang2 sambil tengok aku.

" Pakcik, pakcik ok ker?" dengan selamba aku bertanya.

Sumpah aku terkejut bila pakcik tu dengan tenang menjawab, " Ok je, cuma bila acik(pakcik) tgok adik(aku), pakcik teringat kat anak lelaki pakcik yang keje kat KL, baya2 kamu la..."

Urmmm, jelas pakcik nih rindukan anak dia.

Anak dia rindu/teringat kat ayah dia tak agak2?

Aku tak tau kenapa benda nih yang sangat2 aku x jangka aka luar biasa berlaku kat aku hari ni.

Tapi Alhamdullilah, otak ni duk fikir positif je dari awal pagi melihat mamak dan pakcik nih. Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Terus aku ringan tangan call papa aku kat kampung bertanyakan kaba berita. Alhamdulillah, Allah masih sematkan rasa rindu & kasih sayang kat parents aku. =)

Hati2 kalau ada antara kita yang masih malu untuk mengasihi ibu & ayah sendiri dalam apa jua bentuk.

Just nak share, please bersyukur atas apa yang kita ada. Kasih sayang itu lebih bermakna bila kita cuba untuk merasai ketiadaan dia yang tersayang. Hargailah!

Selamat tahun baru 2011, tak terlambat lagi kowt!

dan  Salam kasih sayang!

 P/S:              LIVE LOVE, LOVE LIFE!



 notes : akan pulang bertemu parents+keluarga cuti Tahun Baru Cina!!!  =)