Tuesday, April 5, 2011

Penempelan Yang Dikecam

Mentang-mentang la sekarang ni musim mengawan (ramai yang kawen2, pregnant) haha...mesti ramai yang pikir tajuk ni ada kene mengena dengan proses kehamilan di mana zigot-embrio-fetus pergi menempel di rahim ibunya...bukannnnnn.....entri ini tidak ada langsung kene mengena sama ada siblings, kazen mahu pun tali barut yang di kecam...

JuAn naSiR meminjam kata PENEMPELAN tersebut sebab sangat la sesuai oke...Penempelan tidak dirancang adalah bermaksud seseorang yang suka mengekor rapat dan mendekati ketat-ketat seseorang yang lain tanpa disukai/diizinkan...phewww jelas dak?

Inilah yang JuAn naSiR yang selalu rasa. Ada seorang makhluk Tuhan yang suka menempel dengan aku tapi aku sangat2 tidak suka oke...pendek kata dikecam.

Pernah kowt ek ampa semua rasa benda yang aku rasa nih? Orang yang kita rasa nak sangat2 berkawan rapat tapi tak penah nak dapat kan? Pastu yang jenis penempel dikecam ni selalu je duk jadi ekor kita, haihhh...

Yang juan hairankan kenapa lah suka sangat makhluk tersebut nak jadi macam umai2 yang menempel ketat dengan siput hah? Umai2 ke ek nama binatang itu? xpasti haha. Tapi yang pasti penempelan umai2 pada kulit siput, tak pun burung kedidi dengan kerbau macam di bawah ni haaa tidak dikecam sebab dua-dua dapat faedah (simbiosis). 



Yang kes juan ni pulak kes dikecam oke. Sampai satu tahap benci yang amat sangat. Bayangkanlah pantang jumpa duk sibuk tanya malam ni wat per? Esok ada kat umah ke? Lusa free tak? Haihh naik meluat kadang2 dengan penempel ini. Ape ko sudah xdak umah ke hahhh? Kalau sekali sebulan ke, sekali dua tahun ke tak kisah la, tapi kalau dah pantang jumpa nak ikut mengekor orang ape kejadahnya weh???

Tetiba rasa nak jadi seorang cikgu bahasa melayu yang ajar perkataan "peribadi", lecturer english yang ajar perkataan "privacy", jadi seorang motivater ajar perkataan "reti bahasa"  dan "tertib". Haihhh agak2nya kan penempel tersebut memang dah perangai dia kot ek? tak pasti pulak dengan orang lain pun dia buat benda yang sama ke tak...hmmm

Dulu ko bangga sangat dengan umah ko yang tersergam indah kononnya kat bandar yang besar sikit dari kepala batas ni kan...padahal umah kat loji kumbahan je. Konon2 kat sana lagi best, happening. Habis tu yang ko bangga sangat2 tetiba duk suka menempel dengan orang ni kenapa haa... 

Biarlah orang nak cakap JuAn ni suka buruk2 orang lain dalam blog sendiri, sesungguhnya aku sudah tidak tahan. Kalau dah tak tahan ni rasa nak buang aje kat mane-mane pun kan...harap-harap ini kali pertama dan terakhir entri macam ni ada dalam titiknoktah neh...

p/s : aku benci penempelan yang dikecam!!! =)

2 comments:

  1. hehe buran dan umahng-umang la.. :p penempel yang setia..

    ReplyDelete
  2. nasib baik aku tak duduk dkt2 loji kumbahan..kih kih kih

    ReplyDelete