Thursday, December 16, 2010

terkejut....!!!

salam....


Saje nk kongsi... 11hb Dec aritu terdetik nak telefon mak aku kat kg...nk tya khabar berita...sekali lain pulak jadinya, dengan penuh semangat mama aku bercerita...terkejut beruk aku dibuatnya.... satu dengan berita tu...satu lagi dengan semangat mama cerita penuh perasaan, xpenah2 sebelum nih...


ni dia beritanya......

Alkisahnya, kedai pakcik aku....ruzlan muda...dalam post pertama aku ade name dia as a photographer (lanmuda)...pemilik rumah kedai 2 tingkat 3 pintu musnah terbakar.....


ikut cerita mama aku, pakcik aku yg aku pggil culan ke area pekan tuk buang sampah sarap lepas bersihkan rumah dia xjauh dari pekan batu 6 tu....skali terdengar n terlihat bomba datang berlumba-lumba then bhenti xjauh dari tempat dia, terdetik nak tengok. Ape lagi, lembik lutut la pkcik aku tu tengok kedai dia terbakar, tgah julang2 api dia,huhu....


cepat2 dia drive ke rumah aku tuk bagi tau mama aku, time tu dah lewat dah lebih kurang jam 12 tgah malam.
dia mintak tolong ayah aku tuk pegi tengok....

sape rajin nk tgok videonyer click je sini ye....

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1692007733585&comments&ref=mf


pic by : zul ganu...

kebakaran bermula dari kedai dobi yang sewa bgunan pakcik aku....
klu korang tgok sebelah kiri tu BHP petrol....
bahaya kot sebelah je ngan stesen minyak,huhu

ape pun, 

yang mennyedihkan......


 sedikit petikan dari Berita Harian ;

"    Dua beranak rentung dalam kebakaran "

     2010/12/10
     
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.
Kebakaran di sebelah sebuah stesen minyak itu memusnahkan kedai dobi milik Nor Laila selain turut memusnahkan dua lagi premis perniagaan iaitu kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik.
Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda, berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Anak sulung Nor Laila, Mohd Badrul Kauzi, 23, ketika ditemui berkata beliau berada di Kota Bharu ketika dimaklumkan pihak polis mengenai kejadian.

Mohd Badrul berkata, kali terakhir beliau menemui ibunya ialah seminggu yang lalu.

Menurutnya, jenazah ibu dan adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, Kubang Kerian, sebaik bedah siasat selesai. - BERNAMA 


 Ni plak status pakcik aku kat facebook....


pakcik aku xtinggal kat rumah kedai komputer tersebut, alhamdulillah selamat.
Ape pun, takziah buat keluarga pengusaha kedai dobi tu....

AL - FATIHAH....


p/s : seyes teringat masa aku masih skolah, penah tido kat umah kedai pakcik aku tu, terbayang2 lagi,hmmm






No comments:

Post a Comment