Thursday, November 4, 2010

inspira vs lancer

salam

post nih khas utk kawan aku incik black...

2 3 bulan lepas ckp proton nk kuar proton baru a.k.a. waja baru....

waja???

berita harian 4 Nov 2010 :

 PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu. 

Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.


“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.

PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.
Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.

ni la waja baru....namenyer inspira...=)

lalu incik black bertanya, harga?????
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.

dengan selamba aku kata :
peace no war...
waiting the moment to ride ur car to ippt mr black..
ngeeeee.......=))))...

No comments:

Post a Comment