Monday, April 25, 2011

Surat cinta dari Penang...=)

Yang merindu dari jauh.
No 29 Persiaran Seksyen 3/13 
Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang Pulau Mutiara

25 April 2011

Kehadapan kekasih buah hati intan payung yang kini berada nun jauh di Terengganu...Insan yang ku sayangi sepenuh hatiku. Agungnya kasihmu sehingga tersebut tiga kali dalam sabda Baginda. 

Sesungguhnya hati Yang Merindu ini seringkali merindui kamu Yang Tersayang....hanya Tuhan yang Esa sahaja tahu betapa hati ini terlalu ingin bersamamu tiap hari, seperti mana Yang Tersayang telah bersama denganku selama ini, semenjak Feb 1987 lagi, tetap setia disisi aku Yang Merindu ini. Setia mencurahkan kasih sayang yang tiada batas cacat celanya selama 9 bulan 10 hari tanpa jemu. Malah sejak itulah sehingga kini 25 April 2011, setelah 23 tahun 6 bulan kasihmu Yang Tersayang kepada aku Yang Merindu ini masih kuat kekal utuh...sehinggalah ke saat ini air mata jatuh berderaian di saat papan kekunci komputer ini ku nukilkan Surat Cinta dari Penang buatmu Yang Tersayang...Kuat kasihmu senantiasa terbahang terbakar meuntun hati ini sehingga menangis sang hina yang jauh ini.

Yang Tersayang, maafkan daku Yang Merindu ini jika masih terasa hati ini jauh, kerana sang wira kelahiranmu ini sedang berjuang berkhidmat di utara tanah air. Kuat rasa ini untuk kembali ke kampung halaman bersama Yang Tersayang tiap hari. Masih hangat sentuhan di waktu pagi hening setiap hari tatkala mencium tanganmu memohon restu untuk ke bangku sekolah. Sumpah masihku rindu saat itu. 

Yang Tersayang, sesungguhnya Yang Merindu berjanji suatu hari nanti akan pulang berkhidmat untukmu. Dalam hati ini tak pernah berhenti berdoa agar di panjangkan umur kerana kuat sungguh hati ini merasa untuk bersama Yang Tersayang setiap waktu. 

Ampunkan dosa Yang Merindu, setiap detik setiap waktu dan tempat. Halalkan setiap titik susumu, halalkan setiap titik peluhmu demi membesarkanku.

Buat Yang Tersayang....Bonda Aminah bt Muda


Selamat Hari Lahir yang ke-55

Hanya doa penggantiku buat bonda...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, Engkau Kasihilah dan Rahmati mereka seperti mana mereka mengasihi aku sewaktu ku kecil...

Panjangkanlah umur mereka Ya Allah, berilah kesihatan buat bonda & ayahandaku, agar aku dapat berbakti pada mereka.

Dan sesungguhnya aku lebih sanggup di ambil nyawaku sebelum mereka kerana tidak sanggup hati ini untuk merasai perpisahan.

Amin Ya Rabbal alamin...

JuAn naSiR sayang Mama!!!


Yang Merindu,

JuAn naSiR
Kepala Batas, Penang

p/s : akan pulang ke pangkuan bonda 28 April 2011  =))

6 comments:

  1. huhu dah rindu keluarga di kampung halaman la tu tu hehe moga selamat smpai di pangkuan keluarga tercinta eceh hehe selamat hari lahir utk bonda juan hehe :) moga pjg umo dan dimurahkan rezeki amin

    ReplyDelete
  2. fuh memang rindu sangat2 tu...

    selamat hari lahir mama... eh.. mak cik...

    semoga beroleh kesihatan yang baik supaya anakanda juan ni boleh membalas jasa bondanya...

    insyaallah....

    =)

    ReplyDelete
  3. amboiii... hahhahh.... selamat hari lahir gak no.. kirim salam.. lalal.. hihihi

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir bua ibumu.Moga sentiasa dmurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa mendapat keredhaan ilahi!

    ReplyDelete
  5. la...sama hari lahir dgn mak cheq la...
    Selamat hari lahir mama =)

    ReplyDelete
  6. selmt hari lahir mkcik..mga pnjang umur n murah rezeki..amin..hehe...

    ReplyDelete