Monday, April 18, 2011

Bloodyfull Memorable Park!!! Penang War MuSeum!!!

Kalendar pelancongan 2011 tak behenti setakat kat Karachut je. Lepas kami keluar dari Penang National Park terus pusing satu pulau then singgah kejap di War Museum. Masa tu aku masih kebengongan akibat ciuman encik jellyfish kat karachut. Terus je dapat tahu fee masuk War Museum di Batu Maung ni RM 20, terus berat hati nak masuk. Bapak mahal kowt kalau muzium lain kat Malaysia ni rasanya tak sampai pun RM10. Ini memang semua idea gila Nariman aka driver kami. Dah takdak tempat lain ke nak bawak!


Tapi sumpah selepas masuk je War Museum ni, memang mabeless!! tak tahu kenapa lain sangat rasa masuk muzium ni, kalau ampa belum pegi lagi, boleh la cuba try2 jenguk nanti! Expectation aku sangat-sangat meleset, bajet bila masuk muzium perang ni stakat boleh tengok senapang lama, peluru-peluru, baju askar zaman dulu, meriam...tapi War Museum ni memang lain sangat-sangat! Soalan pertama aku kenapa baru sekarang aku dapat masuk sini walopon dah 2 tahun aku di Penang neh. Sumpah aku cakap, masuk aje aku dah dapat bau keseraman dan keaslian tempat neh.


Sedikit info pasal War Museum Penang...

"Said to be the largest war museum in
 South East Asia, the Penang War Museum was once a British military fortress, later used as a prisoner camp by the Japanese. The Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) is located atop Bukit Batu Maung on the South-East of Penang island. Opened to the public in 2002,it was an original British military defence fortress built in the 1930s to protect the island from enemies in anticipation of 
World War 2"


kesan asal tembakan peluru tentera Jepun ke atas tentera British.



banyak-banyak benda, paling suka part ni, masuk dan panjat terowong kecemasan (emergency route), boleh rasai sendiri naik/masuk terowong/bilik bawah tanah atau ammunition hoist

dapur tentera, kagum dengan kejuruteraan dulu-dulu....


basikal tentera Jepun...

Fakta menarik :

1. War Museum ni adalah tapak asal kubu tentera British. Di bangunkan oleh engineer British dan dibina oleh orang-orang Afrika Selatan, India, Nepal dan tebusan perang. JuAn naSiR kagum dengan senibina/engineering bangunan/kubu ni.

2. Most of the thing yang ada di muzium ini adalah struktur asal semasa mula-mula dibina.

3. Dikenali sebagai Haunted Hill (Bukit Hantu) sebab masa pendudukan Jepun, ratusan kepala sudah dipenggal di sini!

Serius cakap, apa yang JuAn naSiR cerita nih hanyalah 30% je dari pengalaman sebenar. Kalau nak rasai sendiri, boleh la plan tuk lawat War Museum weekend ni. JuAn naSiR suggest kalau boleh pegi la waktu petang around 5.30-7.00 pm. Serius sangat-sangat berbeza environment dia!


Dengan ini, JuAn naSiR mengisytiharkan bahawa 
Penang War Museum
 ni adalah muzium terbaek! mabeless sehh tuk dilawati!!!

credit to : one stop www.onestopmalaysia.com

Vote : 4 star!!!

p/s : sampai saat neh, aku masih tertanya-tanya, kawan-kawan aku  nampak ke tak apa yang aku nampak di dinding kesan tembakan tentera Jepun itu, hmmm =] 

6 comments:

  1. gi tak ajak pown.. majuk aiiiihhhh..

    ReplyDelete
  2. aku penah pi time malam. lagi thriller bro. depa pihak muzium siap buat hantu lagi

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt g muzium...

    *seumur idup, x prnh lagi masuk muzium... huhu

    ReplyDelete
  4. apehal aku dh 3 thun dok penang xtau wujud war muzium ni ? hoho .

    ko ade nampak hantu jepon x ? haha

    ReplyDelete