Saturday, April 30, 2011

Dato' Hishamuddin tegur Baju KBU!!! =))


Dialog 300411

JuAn naSiR : Dato'.....(sambil bersalaman)...........

Dato' Seri Hishamuddin : Yer....owh ni blogger ni......(sambil pegang baju KBU)

JuAn naSiR : aah, kami blogger baik-baik Dato'...haha

Dato ' : hahaha ....(gelak-gelak)

~~~  hahaha...abes orang tengok...winkkkk  ~~~~



Semalam Lawatan PM ke Negeri Terengganu sempena Program Turun Padang....Singgah kat kampung kelahiran JuAn naSiR pagi tu....singgah untuk breakfast dengan orang kampung dan melawat beberapa buah rumah area sini. Antara yang kelihatan Dato' Seri Zahid Hamidi, Dato' Seri Shafie Afdal dan Dato's Hishamuddin Tun Hussien.   

Alkisahnya bersalaman dengan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien. Tak berniat langsung untuk pergi jenguk pemimpin nih tapi sebab abang ajak, turut sama la join sama-sama. Part yang paling best bila bersalaman dengan Dato' Seri Hishamuddin bila dia tegur baju yang juan pakai, langsung kena tegur "owh ni blogger ni" haha....Pagi tu tak barniat langsung nak pakai baju tu....haha

waktu ni la Dato' tegur baju KBU sambil pegang baju/dada juan... haaha
thanks PM datang kampung kami...


breakfast nasi dagang....


Masih teringat kata-kata terhadap seorang pemimpin... Sehebat mana pun, sebaik mana pun, sejahat mana pun seorang pemimpin itu, bila dah jadi pemimpin akan ada yang suka dan ada yang benci...

tapi satu je JuAn suka pegang...lebih baik diam, jangan letakkan iman seseorang di bibir manis kita...kita boleh untuk tidak suka, tapi jangan sampai kita cerca mereka sebab ramai orang kita lupa tuntutan kewajipan mentaati pemerintah.

p/s : PRU 13 JuAn naSiR first time nak mengundi...hehee...

Wednesday, April 27, 2011

BBQ@Pantai Bersih.....=))


Setelah keciwa tak dapat join farewell party KBU...pilih untuk join 
BBQ@Pantai Bersih dengan 

Geng Paramedik IPPT USM 
haha tiru ayat si kenit najwa

Credit goes to Farhana sebab terilham nak buat bbq nih dan sebab jemput kami especially dak2 lab... 

We are famili..!! 
( tiru ayat KBU,haha)






tengok la, bakar ayam dalam keadaan keletihan
sbb attend kursus d isiang hari...=)

Ada orang jeles bila JuAn naSiR borak2 dengan Ana, 
padahal cakap terima kasih kat dia je la...
(aduh kantoi) =p

p/s : JuAn naSiR harap tak dak lagi orang cakap geng ADL/Lab sombonk....kami dah buktikan...terima kasih...=))

Monday, April 25, 2011

Surat cinta dari Penang...=)

Yang merindu dari jauh.
No 29 Persiaran Seksyen 3/13 
Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang Pulau Mutiara

25 April 2011

Kehadapan kekasih buah hati intan payung yang kini berada nun jauh di Terengganu...Insan yang ku sayangi sepenuh hatiku. Agungnya kasihmu sehingga tersebut tiga kali dalam sabda Baginda. 

Sesungguhnya hati Yang Merindu ini seringkali merindui kamu Yang Tersayang....hanya Tuhan yang Esa sahaja tahu betapa hati ini terlalu ingin bersamamu tiap hari, seperti mana Yang Tersayang telah bersama denganku selama ini, semenjak Feb 1987 lagi, tetap setia disisi aku Yang Merindu ini. Setia mencurahkan kasih sayang yang tiada batas cacat celanya selama 9 bulan 10 hari tanpa jemu. Malah sejak itulah sehingga kini 25 April 2011, setelah 23 tahun 6 bulan kasihmu Yang Tersayang kepada aku Yang Merindu ini masih kuat kekal utuh...sehinggalah ke saat ini air mata jatuh berderaian di saat papan kekunci komputer ini ku nukilkan Surat Cinta dari Penang buatmu Yang Tersayang...Kuat kasihmu senantiasa terbahang terbakar meuntun hati ini sehingga menangis sang hina yang jauh ini.

Yang Tersayang, maafkan daku Yang Merindu ini jika masih terasa hati ini jauh, kerana sang wira kelahiranmu ini sedang berjuang berkhidmat di utara tanah air. Kuat rasa ini untuk kembali ke kampung halaman bersama Yang Tersayang tiap hari. Masih hangat sentuhan di waktu pagi hening setiap hari tatkala mencium tanganmu memohon restu untuk ke bangku sekolah. Sumpah masihku rindu saat itu. 

Yang Tersayang, sesungguhnya Yang Merindu berjanji suatu hari nanti akan pulang berkhidmat untukmu. Dalam hati ini tak pernah berhenti berdoa agar di panjangkan umur kerana kuat sungguh hati ini merasa untuk bersama Yang Tersayang setiap waktu. 

Ampunkan dosa Yang Merindu, setiap detik setiap waktu dan tempat. Halalkan setiap titik susumu, halalkan setiap titik peluhmu demi membesarkanku.

Buat Yang Tersayang....Bonda Aminah bt Muda


Selamat Hari Lahir yang ke-55

Hanya doa penggantiku buat bonda...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, Engkau Kasihilah dan Rahmati mereka seperti mana mereka mengasihi aku sewaktu ku kecil...

Panjangkanlah umur mereka Ya Allah, berilah kesihatan buat bonda & ayahandaku, agar aku dapat berbakti pada mereka.

Dan sesungguhnya aku lebih sanggup di ambil nyawaku sebelum mereka kerana tidak sanggup hati ini untuk merasai perpisahan.

Amin Ya Rabbal alamin...

JuAn naSiR sayang Mama!!!


Yang Merindu,

JuAn naSiR
Kepala Batas, Penang

p/s : akan pulang ke pangkuan bonda 28 April 2011  =))

Sunday, April 24, 2011

Merajuk dengan diri sendiri

Assalamualaikum
Dialog antara aku & JuAn naSiR

Aku             : AHHHH! aku rasa merajuk la....

JuAn naSiR : aik? merajuk tu dapat rasa gak ek?

Aku             : Ahh ko diam, ko tau dak aku tengah merajuk dengan   
                      diri sendiri.....sebab terlalu bizi bekerja..sampai lupa nk 
                      buat benda lain

JuAn naSiR : haih, sampai camtu sekali? hmm biasa la tu,  
                      kerja....benda lain tu aper?

aku              : Keluar dengan geng KBU!

JuAn naSiR : amboi, sayang benor dengan KBU sampai nk 
                      merajuk 2!

Aku             : ye la...memang la sayang. Merajuk sangat2 sampai 
                      diorang buat farewell party tuk Me'awTomato 
                      Kering & Bulat pun aku tak tahu...huhhhh

Siapakah aku? dan siapakah pulak JuAn naSiR? haha

Maaf la yer kawan-kawan, sumpah tak sempat masa dan tenaga bukan cakap nak pergi, nak update dengan cerita baru KBU pun tak sempat....So hasilnya? JuAn naSiR sumpah jeles nak mati dan merajuk dengn diri sendiri. Sibuk sangat-sangat dengan rutin+ kerja-kerja tambahan+handle kursus.







kalau JuAn naSiR ada ni mestilah jadi yang paling bergaya dengan baju melayu...=p






sole sole........lalalala

pic kredit to GKSB

arghhhh!!!!!!!!!! jelesss!!!!!!!!!!!!

Ape pun entry ni sebenarnya khas untuk 

 Me'awTomato Kering dan juga Bulat

Selamat jalan, Selamat Maju Jaya....Moga kita jumpa lagi oke...=)

p/s : malam kejadian ni sempat pi bbq kat pntai bersih...kalaulah ampa wat malam kan besh...=)



Monday, April 18, 2011

Bloodyfull Memorable Park!!! Penang War MuSeum!!!

Kalendar pelancongan 2011 tak behenti setakat kat Karachut je. Lepas kami keluar dari Penang National Park terus pusing satu pulau then singgah kejap di War Museum. Masa tu aku masih kebengongan akibat ciuman encik jellyfish kat karachut. Terus je dapat tahu fee masuk War Museum di Batu Maung ni RM 20, terus berat hati nak masuk. Bapak mahal kowt kalau muzium lain kat Malaysia ni rasanya tak sampai pun RM10. Ini memang semua idea gila Nariman aka driver kami. Dah takdak tempat lain ke nak bawak!


Tapi sumpah selepas masuk je War Museum ni, memang mabeless!! tak tahu kenapa lain sangat rasa masuk muzium ni, kalau ampa belum pegi lagi, boleh la cuba try2 jenguk nanti! Expectation aku sangat-sangat meleset, bajet bila masuk muzium perang ni stakat boleh tengok senapang lama, peluru-peluru, baju askar zaman dulu, meriam...tapi War Museum ni memang lain sangat-sangat! Soalan pertama aku kenapa baru sekarang aku dapat masuk sini walopon dah 2 tahun aku di Penang neh. Sumpah aku cakap, masuk aje aku dah dapat bau keseraman dan keaslian tempat neh.


Sedikit info pasal War Museum Penang...

"Said to be the largest war museum in
 South East Asia, the Penang War Museum was once a British military fortress, later used as a prisoner camp by the Japanese. The Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) is located atop Bukit Batu Maung on the South-East of Penang island. Opened to the public in 2002,it was an original British military defence fortress built in the 1930s to protect the island from enemies in anticipation of 
World War 2"


kesan asal tembakan peluru tentera Jepun ke atas tentera British.



banyak-banyak benda, paling suka part ni, masuk dan panjat terowong kecemasan (emergency route), boleh rasai sendiri naik/masuk terowong/bilik bawah tanah atau ammunition hoist

dapur tentera, kagum dengan kejuruteraan dulu-dulu....


basikal tentera Jepun...

Fakta menarik :

1. War Museum ni adalah tapak asal kubu tentera British. Di bangunkan oleh engineer British dan dibina oleh orang-orang Afrika Selatan, India, Nepal dan tebusan perang. JuAn naSiR kagum dengan senibina/engineering bangunan/kubu ni.

2. Most of the thing yang ada di muzium ini adalah struktur asal semasa mula-mula dibina.

3. Dikenali sebagai Haunted Hill (Bukit Hantu) sebab masa pendudukan Jepun, ratusan kepala sudah dipenggal di sini!

Serius cakap, apa yang JuAn naSiR cerita nih hanyalah 30% je dari pengalaman sebenar. Kalau nak rasai sendiri, boleh la plan tuk lawat War Museum weekend ni. JuAn naSiR suggest kalau boleh pegi la waktu petang around 5.30-7.00 pm. Serius sangat-sangat berbeza environment dia!


Dengan ini, JuAn naSiR mengisytiharkan bahawa 
Penang War Museum
 ni adalah muzium terbaek! mabeless sehh tuk dilawati!!!

credit to : one stop www.onestopmalaysia.com

Vote : 4 star!!!

p/s : sampai saat neh, aku masih tertanya-tanya, kawan-kawan aku  nampak ke tak apa yang aku nampak di dinding kesan tembakan tentera Jepun itu, hmmm =] 

Saturday, April 16, 2011

JuAn naSiR VS Jellyfish...Taman Negara Pulau Pinang-Pantai Karachut

Bulan April ni kaki ni melangkah lagi untuk memenuhkan kalendar pelancongan diri sendiri...Taman Negara Penang-Pantai Karachut kali ni jadi destinasi pilihan...sebelum nih asyik duk tengok gambar orang pergi, cantik-cantik aje gambar pastu tambah pulak dengan cerita mulut ke mulut ke telinga.....
akhirnya, sampai jugak aku di sini...=))


Taman Negara Pulau Pinang ini banyak perbezaan dengan Taman Negara yang lain, yang paling ketara Taman Negara Penang ni pada asalnya sudah di jadikan sumber pembalakan pada suatu masa dulu. So tak hairanlah sepanjang perjalanan hiking ke dalam taman ini tak jumpa seekor pun binatang even banyak benda yang tak natural, contohnya anak tangga, tiang lampu, trek jalan kaki. Bukan nak kutuk atau kritik, sekadar pendapat sebab pengalaman yang berbeza masa JuAn naSiR masuk Taman Negara Pahang dulu...Usahkan kancil dengan kijang, harimau pun boleh nampak dari canopy walk. =))



mula jam 1120 am...credit to nariman (in red)
 atas idea & transport.


Kalau mai Taman Negara Penang ni, juan suggest jangan lalu canopy walk, satu sebab kena bayar dan yang paling penting jalan trekking/hiking lebih mencabar..banyak laluan dan destinasi, dan kami pilih untuk ke Pantai Karachut sejauh 3.6 km, ambik masa lebih kurang 1 jam 30 minit berjalan kaki/hiking untuk sampai. Serius best giler, kami hiking then ditimpa hujan lebat. Denai dia tak yah cerita la, memang mencabar, naik turun bukit, curam, gaung-gaung. Memang mabelessssssssssssssssssssssssssssss!!!! Baru rasa tercabar, challenging sehh! 

dan lepas 1 jam 30 minit kami sampai di Karachut...=))

inilah dia...jellyfish haunted beach a.k.a. Pantai Karachut..=p

Sampai je kami terus isi perut, lapar+penat...then terus terjun mandi laut. Tak sampai setengah minit aku masuk air, makhluk Tuhan jellyfish obor-obor melekat baik bajet cam kenal 10 tahun dah kat tangan aku!!! Aku kena sengat dek obor-obor! Sumpah wehhh sakit!! Terus rasa cramp tangan aku!! Patutlah sorang pun tak dak yang mandi kawasan tuh, haihh...

aku yang sedang kesakitan....kena sengat kat lengan kiri...sakit sumpah sakett!! =((

walopon sakit, then demam sehari selepas kena sengat jellyfish (terima kasih ye cik jellyfish) aku tetap suka trip kali ni, memang mabelesss! dan yang paling penting aku nak datang lagi tuk camping kat sini satu hari nanti...insya Allah. =))

Dalam perjalanan pulang naik bot, 
layan pemandangan indah ciptaan Tuhan..

..Subhanallah....


batu arnab
batu penyu

batu kepala buaya


korang memang beshh!!!


we was here...and we will come again...=)

p/s : plan nak gi camping kat Monkey Beach one day...=))

Wednesday, April 13, 2011

GSH 2 : JuAn naSiR tak sama dengan Ben Ashaari dan jugak Ben 10

Trivia
GSH = Gaya Hidup Sihat =)
Terdetik satu inspirasi idea untuk JuAn naSir buat entri pasal kesihatan. =) 
Insya Allah dalam masa terdekat nih JuAn naSiR akan ketengahkan isu kesihatan, 
tips-tips dan fakta sekadar untuk perkongsian kita bersama. 


Assalamualaikum. walaweyyyh tajuk cam ape je, padahal entri pasal kesihatan, kan? haha. Dua watak di atas amat2 lah berbeza kan...Ben Ashaari sapa tak kenal kowt...dia blogger pemes...JuAn naSiR ni blogger capuk je,haha. Ape yang menjadi persamaan kami adalah kami join dunia gym. hehe.... teringat soklan eman, sama dengan ben tak? sangat2 tak sama oke, lengan aku ni 1/3 je kowt eman ooiii dengan lengan mr ben tu...hahaa... 

dan yang paling penting, buat GKSB dan jugak inchik eman...JuAn naSiR sangat2 tak sama dengan Ben 10 oke...=))

perkara yang paling juan suka fee dia nak masuk gym usm ni bapak murah giler...kalau biasanya gym kat luar sana(private) sampai ada yang beratus-ratus sebulan...tapi memang dah rezeki kowt, juan dapat RM30 je untuk 6 bulan = RM5/month...tapi untuk staff oke, untuk public RM 120 kowt untuk 6 bulan tapi tu pun masih lagi murah compare dengan tempat lain...haha. maka rasanya sangatlah menjadi satu kerugian sapa yang tak join...=)


Kalau nak compare gym USM IPPT dengan Bionic gym Mr Ben ada banyak perbezaan...dari segi equipments dan alatan memang berbeza sangat2 sebab gym usm ni baru nak semua equipment baru dan tersusun rapi.
     



masa buat aktiviti still lagi boleh layan citer petang2 oke...tengok tv sambil tredmills,hehe =)


-
-
tapi...
-
-
Setelah godek2 blog Ben Ashaari part Bionic Gym, adalah menjadi satu kejelesan buat JuAn naSiR adalah benda yang ada di Bionic gym tapi tak ada di gym yang JuAn naSiR selalu pegi.haihh...dan benda itu adalah kerjasama...Jeles tengok pic Bionic Gym, kawan2 tolong each other, penuh nampak support, sokong-menyokong antara satu sama lain. Actually juan penah jugak terbayang time exercise, kan best kalau ada orang yang betul-betul train and bagi support sepenuhnya setiap hari..

Bercakap soal aim atau matlamat, lain orang lain matlamatnya bila join gym ni. Sebab itulah kita tak boleh sesekali meniru orang lain sebelum tahu matlamat diri sendiri. Ada ahli gym yang nak turunkan berat badan, ada yang nak build body, ada yang nak maintain stamina dan kesihatan. So pastikan matlamat bersesuaian dengan badan anda (BMI) dan pastikan apa yang anda buat ikhlas untuk diri sendiri


sesunguhnya fitness tak terhasil dalam satu hari...=))

JuAn naSiR in red


Fakta : JuAn naSiR masih dalam proses
membesarkan trisep dan bisep =))
nice question...
see you again =))

 dalam banyak2 senaman, aku paling suka berenang...hehe =))

p/s : bersenamlah untuk kemajuan otot anda...=))

Monday, April 11, 2011

Pesta Deriyan @ Bukit Gantang... =))

Erkkk Alhamdulillah...perghh sendawa bau durian la,huhu....setakat ini, kali ni la rekod JuAn naSiR makan durian terbanyak sepanjang 23 tahun hidup...fuhhhh. Program Jum Makan Durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang adalah anjuran tahunan PLUS Bhd. 9-10 April 2011...JuAn naSiR and the geng join program ni hari kedua 10 April, sanggup sehhh datang jenguk sejauh lebih kurang 120 km, Kepala Batas-Bukit Gantang semata-mata nak makan deriyan punya pasal...padahal kalau nak makan depan umah pun ada duk jual tapi sumpah event ni lain dari yang lain. =)

perjalanan sejam setengah kot Kepala Batas-Bukit Gantang. Kredit to  Black n Proton Saga FL...


sesampainya kami di sana...banner dan lagu loghat perok menyambut kami...masa tu tak ramai lagi, meja tak penuh lagi, ada dalam 10 famili je yang tengah santap deriyan bawah khemah itu.

harga yang sebenar murah seposen dari yang diberitahu kawan hanya RM 9.90 kita boleh masuk dan makan deriyan sepuas2nya...boleh mintak tambah, boleh mintak tukar, kalau nk duduk makan sampai petang pun xdak orang marah...haha larat ka?

RM 9.90 sahaja oke...makan sampai muntah,haha

 makin lama makin ramai, makin lama makin penuh hantu-hantu durian masuk...=p


satu dulang ada dalam 4-5 biji buah durian..kami makan 12 dulang 
  Jum layan gambar-gambar hantu deriyan...=p

nariman, black, syahril, isteri beliau dan JuAn naSiR

sehingga menjilat jari oke...

hantu deriyan pompuan...sempat lagi pose =p
dan ini hantu deriyan paling
menyeramkan myra syamiroh.. haha =p
bila hantu-hantu sudah kenyang kepanasan

 fakta menarik kali ni : 

1. JuAn naSiR sms Adisuda ajak join tapi tak dak rezeki dia hari tu sebab dia penat baru balik dating...hakhak =p

2. JuAn naSiR makan deriyan sambil bayangkan kalaulah geng KBU wat gathering makan deriyan macam mana agaknya ek...mesti tak cukup satu lori sebab KBU lagi ramai hantu deriyan, haha...

3. JuAn naSiR juara makan deriyan compare ngan kawan2....selepas makan 89 ulas durian,hehe

4. kami makan deriyan sambil tersenyum sebab ada DJ dan lagu yang best loghat perok...credit to mr dj ...=))

sempat kami tegur DJ dan mintak transfer lagu perok...
nanti nak upload kat blog...=))
sekian ceritera derian dari bukit gantang...=))
p/s : teringin makan pulut durian & ikan singgang dengan durian...rindu tempoyak buatan arwah nenek..