Monday, November 8, 2010

hitam putih kehidupan

salam...


hitam putih kehidupan, kadang2 kita perlu berhenti sekejap, ambil nafas sejenak sama-sama kita fikirkan hitam putih kehidupan kita, dan orang di sekeliling kita. Lihat dan sama2 rasai...


Few are those who see with their own eyes and feel with their own hearts. - Albert Einstein


Bukan niat untuk mengaggungkan sarjana barat, hanya sekadar mengambil pengajaran.




Sewaktu ini kita melihat hidup ini putih sahaja dan tiada yang hitam... 
hidup ini kita lalui sahaja



Aku berkerja di dalam pondok usang yang tak berhawa dingin,
walaupun menteri menerobos masuk lubang2 dinding dan atap pondok ku dan mencengkam ku, 
walaupun tiada seketeri cantik membantu namun aku tidak seperti kamu yang berhutang keliling pinggang....kereta hutang, rumah hutang, pinggan mangkuk hutang,kad kredit pun hutang..
.aku bahagia dengan kain batik usang ku ini...





Mencari sesuap nasi dengan rezeki anugerah Ilahi... 
semuanya menjadi lebih mudah bila anak tersayang memahami jerit perih ibunya.

photo by : Lanmuda
(credit to him)
editted by : juan nasir  =)

p/s : lihat, rasa, nikmati....kadang2 lebih baik 
kita banyakkan diam dan berfikir...=)

jumpa lagi =)

Sunday, November 7, 2010

mood : tension...xtau knaper...

Salam


tetiba mood pagi  ni xbape nak stabil...ditambah plak ngan mood "i hate monday"...


sampai colleagues aku satu opis tya knape ngan ko, muka masam, xbyak ckp, xceria...


ade problem ngan aweks ek??


hahaha


so rasa nk kongsi kit ;


1. Orang panggil? 
    Najwan....juan ---->suke nama nie...=)

2. Xsuke org panggil ?
    Wawan----> tapi still ade org pggil, arghhh...


3. Dalam wallet ade braper skrg??
    ermmm...pas isi minyak n isi perut tadi...tinggal....RM 15.20----->miskin


4. Mood skrg??
    Tension...susah nk tido-------xtahu knape...=(


5. Symptoms/ bukti mood diatas ??
    Tetiba jerawat tumbuh atas dahi....sblum ni memg xde jerawat...=)


6. Adakah anda sedang bercinta skrg?
    Ya! (nape? jeles?)


7. Tempat yang ingin anda pergi skrg??
    balik kg & KL


8. Orang yang paling di rindui sekarang??
    Mama aku!!!


9. Pilih salah satu, peluk atau cium??------> soalan ape nih??!!
    peluk! ----> jwab jugak le...=p


10. Apa plan terdekat anda??
      Petang ni pegi gym...minggu ni abeskan part time, ni minggu last, yahooooo!!!


11. Apa plan bulan ini?
      Balik kg, raya haji!!! pastu vacation at pangkor island! xsabar! XO XO


12. Apa 3 perkara ada dalam pikiran anda skrg...?
      i.  Drive balik kg, teringin nk gi kl (tetiba), drive dalam air banjir otw nk gi amik adik aku kat perlis.
      ii. Miss someone!
      iii. Risau+jeles!


13. Apa yang anda ingin beli/miliki dalam masa terdekat? 
      Meja komputer, comfort n nice design one...=)


14. Apa benda yang paling anda benci tentang diri anda?
      Kuat cemburu.

15. 3 sifat kawan baik anda?
      i. sekepala...---->org kg aku ckp understanding...
      ii.hobi/tabiat sama...=)
      iii. boleh simpan rahsia/respect


16. Apa shoutout anda buat masa skrg?
      Arghhhh..........headache!!!


p/s ; Soalan ni bukan rekaan tapi copy n paste dari *^-+n#%!-----> sensored,hahaha

Thursday, November 4, 2010

inspira vs lancer

salam

post nih khas utk kawan aku incik black...

2 3 bulan lepas ckp proton nk kuar proton baru a.k.a. waja baru....

waja???

berita harian 4 Nov 2010 :

 PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu. 

Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.


“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.

PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.
Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.

ni la waja baru....namenyer inspira...=)

lalu incik black bertanya, harga?????
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.

dengan selamba aku kata :
peace no war...
waiting the moment to ride ur car to ippt mr black..
ngeeeee.......=))))...